Sabtu, 11 Julai 2009

PROJEK KOMUNITI- KaRniNaL kOmuNiTi SiLaTuRraHim Kedai.Kom Kg Parit Hj. Husin Taman Serai Jaya

Sekilas Pandang..


Bismillahhirrahmanirrahim..

Kedai.Kom Kg Prt Hj. Husin Mengadakan-
KaRniVaL kOMuniTi SiLatURraHim..

PENGENALAN:-

  • Projek komuniti ini di beri nama ''KARNIVAL KOMUNITI SILATURRAHIM'' yang diadakan di Taman Serai Jaya berhampiran Kedai.Kom Prt Hj Husin.Karnival Komuniti Silaturrahim ini diadakan pada 12 Julai 2009 (Ahad) yang dianjurkan oleh Program Komuniti Info Bestari dengan kerjasama penduduk Taman Serai Jaya anjuran Kampung Matang Gerdu.
  • Karnival ini dijalankan secara terbuka dengan pelbagai golongan yang terlibat diantaranya ialah golongan belia,pelajar sekolah,kanak-kanak serta golongan warga emas.Tidak ketinggalan juga kakitangan kerajaan yang terlibat untuk mengadakan pameran yang berkaitan tentang kesihatan dan lain-lain lagi.
  • Dirasmikan oleh:- YB.ENCIK SHAM BIN MAT SAHAT. ADUN ALOR PONGSU BGN SERAI,PERAK..
  • Antara aktiviti-aktivi yang dijalankan di karnival komuniti siturrrahim adalah:-

    *Mengedarkan brosur tentang Kedai.Kom kepada orang ramai dilaluan masuk
    * Mempromosikan Kedai.Kom kepada komuniti setempat
    * Pemeriksaan kesihatan/rawatan pergigian percuma
    * Pameran PDRM
    * Pameran produk halal/haram
    * SPR Pendaftaran pengundi yang masih belum lagi mendaftar
    * Pameran/ceramah dari agensi antidadah kerian
    * Pertandingan bola jaring wanita
    * Cabutan nombor bertuah

OBJEKTIF:-

  • Tujuan utama Karnival Komuniti Silaturrahim ini diadakan dalah bertujuan mempromosikan Kedai.Kom kepada masyarakat setempat.
  • Ia juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama insan bersesuaian dengan nama projek komuniti yang di berikan.

  • Selain itu,dapat memupuk semangat kejiranan antara kampung-kampung yang lain.Dengan ini, ia juga dapat membangkitkan semangat muhibbah tidak mengira warna kulit atau kaum

  • Dapat mempromosikan jualan langsung dari MARA seperti jualan kerepek,sos dan lain-lain lagi yang dikeluarkan dari IKS Kuala Kurau.
  • Mendedahkan kepada orang ramai tentang bahayanya dadah.Selain itu, memberi pemeriksaan kesihatan serta rawatan gigi secara percuma.Melalui pameran-pameran yang ditunjukkan,masyarakat lebih menarik minat mereka dalam menghadiri karnival dengan program-program yang diadakan.
  • Penerimaan masyarakat setempat amat menggalakkan dan permintaan dari mereka supaya karnival ini dapat diteruskan di masa akan datang..

PESERTA KEDAI.KOM YANG TERLIBAT:-






Pengerusi: Mohd Hakim bin Hassim

Naib Pengerusi: Siti Hawarul Syuhada bt Jamluddin



Tugas: Sentiasa memastikan projek berjalan lancar dan semua yang terlibat bekerjasama.












Setiauasaha: Nor Hafidah bt Nordi




Tugas: Menyediakan kertas kerja serta mencari tempat yang sesuai dan juga melaksanakan tugas photostart kertas







Bendahari Projek: Ummi Hakimah bt Shamsudin


Tugas: Menyediakan senarai budget dan memastikan budget cukup untuk projek yang dilaksanakan




Ahli Jawatankuasa:



-Gunawathy A/p Krishnan

-Nor Izzatil Husna bt Nasir

-Norehan bt Arbain


-Pakiavathi A/p Perumal


-Siti Fariza bt Jamil


Tugas: Mengedar Brosur untuk pengunjung yang datang ke karnival dan memastikan semua pengunjung dapat brosur yang diberikan serta memberi serba sedikit penerangan tentang Kedai.Kom Kg Parit Hj Husin, Tmn Serai Jaya.



BUDGET YANG DIKELUARKAN:-

Kertas A4 satu bundle: =RM 6.00

Photostart kertas berwarna:

50 helai X 0.50 sen =RM 25.00

Minuman untuk peserta terlibat:

10 kotak X Rm 1.00 =RM 10.00

JUMLAH KESELURUHAN: = RM 41.00# < dari RM 50.00





**Antara kenangan-kenangan semasa karnival komuniti silaturrahim...








..Orang ramai sedang mengkunjungi karnival komuniti silaturrahim...


..Menunggu ketibaan YB. ENCIK SHAM BIN MAT SAHAT. ADUN Alor Pungsu, Bagan Serai Perak.






..Orang ramai berpusu-pusu
mengunjungi karnival yang sedang berlangsung..macam pegi ''Jom Heboh'' pulak..



..Banyak Booth yang menyediakn pelbagai jualan murah..makcik-makcik pun ambil lah kesempatan shoping sakan..abis duit pakcik..



..Mendengar ceramah tentang bahayanya dadah..ceramah disampaikan dari jabatan Agensi Anti-Dadah (AADK) cawangan Kerian,Bagan serai..


..Memdedahkan kepada masyarakat dengan menggunakan LCD skrin untuk dipertontonkan kepada masyarakat dan juga pelajar agar golongan pelajar kini tidak terjebak dengan najis dadah..


..Pemeriksaan mata secara percuma untuk orang ramai yang datang dari Kementerian Kesihatan Parit Buntar.. Ramai yang mengunjungi booth berkenaan..











..Selain itu, kementerian juga ada membuat pameran berkenaan tentang H1N1.. gejala yang sedang menular di negara kita sekarang.. mendedahkan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati..

..Dengan mengedarkan risalah,brosur dan pamplet kepada orang ramai yang mengunjungi booth tersebut..








..Pameran dari PDRM..Balai Polis Bagan Serai, Kerian..bahagian trafik.

..Para pengunjung boleh mendaftarkan diri dengan menjadi Rakan Cop..Selain itu, dapat cenderahati dari mereka..

..Pendaftaran untuk mereka yang belum mendaftar dalam SPR..Dibuka untuk pendaftaran pengundi secara percuma..

..Emm,pegawai ni boring dok tunggu pengunjung datang untuk mendaftar..kebanyakknya sudah pun daftar SPR..so,tak berapa ramai yang kunjung di situ..
















..Pertandingan Bola Jaring dari peserta Kedai.Kom Kg Prt Hj Husin..
..Perlawanan di antara peserta Kedai.kom dengan Puteri Umno caw. Bagan serai
..Menang 15-7..
..Sementara itu,orang ramai sedang mendengar ucapan dari YB jemputan bagi upacara merasmikan Karnival tersebut.











..Majlis penutup diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi peserta yang mengambil bahagian cabutan bertuah..













..Kebanyakkan peserta yang mengambil bahagian adalah pelajar sekolah.. Yang lain tak mengambil bahagian tengok jelah..tak dapat hadiah..Karnival berakhir pada jam 5 petang.. sambutan julung-julung kalinya diadakan telah mendapat sambutan dengan meriah sekali..


PENUTUP:-
..Karnival Komuniti Silatturahim yang diadakan pada 12 Julai 2009 (Ahad) berjalan dengan sempurna.Selain itu,mendapat sambuatn hangat dari orang ramai.Paling menggembirakan adalah berjaya melaksanakan misi iaitu mempromosikan Kedai.kom kg parit haji husin kepada orang ramai yang datang berkunjung..Penerimaan dari masyarakat amat memberangsangkan. Ramai yang berminat mengetahui tentang Kedai.kom..Dengan itu, saya selaku jurulatih kedai.kom mengambil kesempatan dengan mendedahkan tujuan utama kedai.kom kepada komuniti..Alhamdulillah,semuanya terima dengan jelasnya...
































..Akhir sekali, dengan berlangsungnya karnival yang diadakan,berharap orang ramai terdedah dengan apa yang dipertunjukkan..dan semoga ramai lagi selepas ini datang ke Kedai.kom untuk mempelajari ilmu ICT..segala kenangan karnival ini tidak dapat dilupakan dan akan diteruskan pada masa akan datang..

























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Selasa, 26 Mei 2009

Projek Komuniti membersihkan rumah orang-orang tua Jalan Serai Jaya



PENGENALAN:
Projek komuniti ini akan diadakan di Rumah Orang-orang tua di Jalan Serai Jaya,Bagan Serai.Projek ini dijalankan secara berkumpulan antara golongan belia untuk memberi bantuan perkhidmatan pembersihan kepada warga emas yang terlalu daif untuk melakukan kerja harian.

OBJEKTIF:
Projek komuniti ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara belia disamping dapat merapatkan hubungan silaturahim dengan warga emas.Oleh yang demikian secara tidak langsung warga emas akan dapat merasakan diri mereka dihargai dan disayangi.


GOLONGAN SASARAN:Warga Emas dan Belia.


AJK ORGANISASI:


PENASIHAT:EJEN PERUBAH- memberi nasihat dan idea untuk program tersebut.


PRESIDEN: memastikan projek komuniti membersihkan rumah orang-orang tua berjalan denga lancar.

NAIB PRESIDEN: merancang program mengikut kumpulan.

SETIAUSAHA: membuat surat-surat berkaitan

BENDAHARI: mengumpul dana dan membuat pembelanjaan

ANGGARAN PERBELANJAAN:
Peralatan:-


Penyapu x4: RM16

Penyodok x2:RM8

Penyapu Sawang x2:RM12

Sabun Pencuci:RM4

Span x 4:RM2

JUMLAH :RM42


TARIKH/PERANCANGAN PROGRAM:

6 JULAI 2009

-Ejen Perubah menarik perhatian golongan belia untuk mengikuti program komuniti yang melibatkan mereka untuk membersihkan kawasan Rumah Orang-orang tua.Secara tidak langsung beliau mencadangkan agar golongan belia menjalankan program tersebut secara berkumpulan dan melalui perancangan yang teliti agar program berjalan dengan lancar.

-Ejen Perubah telah menetapkan masa pelaksanaan aktiviti gotong-royong tersebut iaitu pada keesokan harinya.

7 JULAI 2009

-Belia-belia berkumpul di Rumah orang-orang tua Jalan Serai Jaya dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

-Program akan dimulakan dengan kerja-kerja pembersihan dikawasan belakang rumah termasuk kawasan longkang-longkang yang tersumbat,menyapu sampah dihalaman rumah

-Sementara kumpulan yang lain membuat pembersihan didalam rumah,seperti menyapu sampah,membuang sawang,cuci tingkap dan sedikit pengubahsuaian di ruangtamu.

-Sebelum meninggalkan rumah orang-orang tua,kami akan memberi sedikit sumbangan ikhlas berbentuk cenderahati sebagai tanda penghargaan menerima kedatangan kami dengan kerjasama yang sangat baik.

PENUTUP:Program ini akan diakhiri dengan ucapan ringkas daripada penasihat program.BERSURAI.....

program pembangunan komuniti rakyat

daripada warisanglober dengan kerjasama maxis.......