Selasa, 26 Mei 2009

Projek Komuniti membersihkan rumah orang-orang tua Jalan Serai Jaya



PENGENALAN:
Projek komuniti ini akan diadakan di Rumah Orang-orang tua di Jalan Serai Jaya,Bagan Serai.Projek ini dijalankan secara berkumpulan antara golongan belia untuk memberi bantuan perkhidmatan pembersihan kepada warga emas yang terlalu daif untuk melakukan kerja harian.

OBJEKTIF:
Projek komuniti ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara belia disamping dapat merapatkan hubungan silaturahim dengan warga emas.Oleh yang demikian secara tidak langsung warga emas akan dapat merasakan diri mereka dihargai dan disayangi.


GOLONGAN SASARAN:Warga Emas dan Belia.


AJK ORGANISASI:


PENASIHAT:EJEN PERUBAH- memberi nasihat dan idea untuk program tersebut.


PRESIDEN: memastikan projek komuniti membersihkan rumah orang-orang tua berjalan denga lancar.

NAIB PRESIDEN: merancang program mengikut kumpulan.

SETIAUSAHA: membuat surat-surat berkaitan

BENDAHARI: mengumpul dana dan membuat pembelanjaan

ANGGARAN PERBELANJAAN:
Peralatan:-


Penyapu x4: RM16

Penyodok x2:RM8

Penyapu Sawang x2:RM12

Sabun Pencuci:RM4

Span x 4:RM2

JUMLAH :RM42


TARIKH/PERANCANGAN PROGRAM:

6 JULAI 2009

-Ejen Perubah menarik perhatian golongan belia untuk mengikuti program komuniti yang melibatkan mereka untuk membersihkan kawasan Rumah Orang-orang tua.Secara tidak langsung beliau mencadangkan agar golongan belia menjalankan program tersebut secara berkumpulan dan melalui perancangan yang teliti agar program berjalan dengan lancar.

-Ejen Perubah telah menetapkan masa pelaksanaan aktiviti gotong-royong tersebut iaitu pada keesokan harinya.

7 JULAI 2009

-Belia-belia berkumpul di Rumah orang-orang tua Jalan Serai Jaya dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

-Program akan dimulakan dengan kerja-kerja pembersihan dikawasan belakang rumah termasuk kawasan longkang-longkang yang tersumbat,menyapu sampah dihalaman rumah

-Sementara kumpulan yang lain membuat pembersihan didalam rumah,seperti menyapu sampah,membuang sawang,cuci tingkap dan sedikit pengubahsuaian di ruangtamu.

-Sebelum meninggalkan rumah orang-orang tua,kami akan memberi sedikit sumbangan ikhlas berbentuk cenderahati sebagai tanda penghargaan menerima kedatangan kami dengan kerjasama yang sangat baik.

PENUTUP:Program ini akan diakhiri dengan ucapan ringkas daripada penasihat program.BERSURAI.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan